Kurma Mabroom

Kurma Mabroom

Kurma Mabroom mempunyai bentuk panjang dan kurus. Ia mempunyai kulit yang hampir lut dan berwarna coklat gelap. Isi buah mempunyai kedutan lembut. Kurma Mabroom tidak begitu manis tetapi mempunyai rasa yang unik dan isi yang kenyal. Ketika kering, ia mempunyai tekstur unik yang kedua-duanya lembut dan pejal, dengan rasa berserabut.

Kandungan nutrisi dan manfaat kesihatan

Kurma mempunyai bekalan yang kaya dengan nutrien. Ia kaya dengan tenaga, dengan kira-kira 284 kalori yang dihasilkan dari 100g kurma. Ia terdiri dari 80% karbohidrat, dengan kedua-dua kanji dan gula penurun seperti fruktosa. Walaupun kandungan gulanya tinggi, ia sesuai untuk dimakan oleh pesakit kencing manis kerana ia tidak menyababkan turun naiknya kadar glukosa darah. Ini kerana ia mempunyai indeks glycemic yang rendah. Ia juga adalah sumber yang baik bagi asid amino perlu dan asid amino tidak perlu seperti proline, lisin dan glycine. Ia mengandungi sedikit serat pemakanan dan oleh itu dapat digunakan untuk orang yang mengalami sembelit ringan. Kurma adalah sumber vitamin, mineral dan garam yang banyak. Ia mengandungi Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin B-kompleks niasin, riboflavin, asid folik dan thiamine. Ia dipenuhi potasium dan dipercayai bahawa satu hidangan kurma mengandungi lebih banyak potasium berbading dengan pisang. Ia juga mengandungi natrium, kalsium, magnesium dan boron. Tetapi kandungan natriumnya rendah dan oleh itu ia sesuai untuk dimakan oleh pesakit yang mempunyai penyakit jantung atau tekanan darah tinggi. Kurma telah terbukti mempunyai unsur-unsur seperti kompoun fenolik dan flavonoid yang diketahui mempunyai akitiviti antioksidan dan anti-radang. Ini mungkin mempunyai manfaat yang berpotensi untuk digunakan dalam rawatan penyakit kronik seperti penyakit jantung. Ia juga mungkin mempunyai kesan perlindungan pada beberapa sistem tubuh seperti otak dan saraf tunjang, buah pinggang dan perut.

Get Quote